| 1 |
PENGENALAN
|
|
|
|
Profesion perguruan merupakan satu profesion yang dinamik dan penting didalam pembangunan bangsa dan negara. Ianya sentiasa berubah tetapi tetap segar mengikut kehendak masa dan semasa bagi menjamin keperluan negara dalam mendidik dan membina rakyat Malaysia yang berjiwa kental dan mantap serta berilmu bagi membina masyarakat yang dapat menyumbang kepada kemakmuran dan kesejahteraan negara Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia adalah agensi yang bertanggungjawab mengendalikan program latihan keguruan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan. Kurikulum latihan keguruan digubal bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru untuk melahirkan guru yang profesional, berketrampilan, berdaya tahan, berakhlak mulia, mengamalkan nilai-nilai murni, mahir berfikir dan cekap teknologi.
|
|
|
|
| 2 |
PROGRAM YANG DITAWARKAN |
|
Bahagian Pendidikan Guru mengendalikan beberapa program latihan keguruan praperkhidmatan untuk calon lepas SPM seperti tersebut dibawah :
|
|
|
|
|
A. |
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke Universiti Terkemuka Luar Negara. |
|
|
|
|
A1. |
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut : |
|
|
|
|
|
|
Bachelor of Science (Honours) - Mathematics
|
|
Bachelor of Science (Honours) - Physics |
|
Bachelor of Science (Honours) - Chemistry |
|
Bachelor of Science (Honours) - Biology |
|
Bachelor of Science (Honours) - Clinical Speech Therapy |
|
Bachelor of Science (Honours) - Occupational Health Therapy |
|
Bachelor of Science (Honours) - Audiology |
|
Bachelor of Science (Honours) - Clinical Psychology |
|
|
Program ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru bagi sekolah menengah dalam mata pelajaran berikut : |
|
|
|
Matematik |
|
Fizik
|
|
Kimia
|
|
Biologi
|
|
Pendidikan Khas (Clinical Speech Therapy, Occupational Health Therapy, Audiology, Clinical Psychology)
|
|
|
|
Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 7A termasuklah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan dan dua mata pelajaran yang lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.
|
|
Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.
|
|
Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 2 - 4 semester di institusi pengajian/ kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara.
|
|
Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat Kursus Persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka luar negara seperti United Kingdom, Australia atau New Zealand, selama 6 - 7 semester.
|
|
Selepas tamat pengajian di peringkat ijazah pertama, calon dikehendaki mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) di Institusi Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara selama 2 semester.
|
|
|
|
A2. Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) :
|
|
|
| a. |
International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor.
|
| b. |
Institut Kajian Liberal (IKAL), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) Kajang, Selangor.
|
| c. |
Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak.
|
|
|
| Program Penghantaran Pelajar Cemerlang ke universiti terkemuka di luar negara. |
| Aktiviti |
Tempat |
Tempoh semester |
| Pengajian Persediaan |
Kolej Persediaan KPM |
2 - 4 semester (mengikut kolej pengajian) |
| Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Khas) |
Universiti Terkemuka Luar Negara (UK, Aust atau NZ) |
6 - 7 semester (mengikut universiti pengajian) |
| Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) |
Institusi Pendidikan Guru Malaysia akan ditetapkan oleh KPM |
2 semester |
|
|
|
|
|
|
B. |
Program Kembar Bahasa Perancis (PKBP).
|
|
|
|
|
B1. |
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut : |
|
|
|
Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languages and Information Specializing in Teaching French as a Foreign Language
|
|
|
|
|
|
|
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Perancis. |
|
Program ini terbuka hanya kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam bahasa Perancis. Calon hendaklah telah menduduki ujian kompetensi bahasa Perancis dan memiliki DELF 1. |
|
Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 4A termasuklah mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya B3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Sains atau Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. |
|
Calon perlu mengikuti kursus persediaan selama 4 semester di institusi pengajian/kolej terpilih yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam negara. |
|
Calon yang lulus dengan jayanya di peringkat kursus persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti program kembar Kursus Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama di universiti terkemuka negara Perancis, selama 6 semester. |
|
Selepas tamat pengajian di peringkat ijazah pertama, calon dikehendaki mengikuti Kursus Diploma Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam negara selama 2 semester. |
|
|
|
| Program Kembar Bahasa Perancis. |
| Aktiviti |
Tempat |
Tempoh semester |
| Pengajian Persediaan |
Institut/ Kolej Pengajian yang ditetapkan oleh KPM |
2 semester |
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Perancis) |
Universiti Terkemuka Negara Perancis |
6 semester |
| Kursus Diploma Perguruan |
Institusi akan ditetapkan oleh KPM |
2 semester |
|
|
|
|
|
|
C. |
Program Kembar Bahasa Jerman (PKBJ).
|
|
|
|
|
C1. |
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut : |
|
|
|
Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Dengan Pendidikan (Kepujian) - Bahasa Jerman
|
|
|
|
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melatih guru-guru bagi sekolah menengah untuk mata pelajaran Bahasa Jerman. |
|
Program ini terbuka hanya kepada calon-calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam bahasa Jerman. |
|
Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 4A termasuklah mata pelajaran Bahasa Inggeris dan sekurang-kurangnya B3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Sains atau Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. |
|
Calon perlu mengikuti Kursus Persediaan selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia |
|
Calon yang lulus dengan jayanya di kedua-dua peringkat kursus persediaan akan ditawarkan untuk mengikuti program kembar Ijazah Sarjana Muda/ Ijazah pertama dalam bahasa Jerman di institut pengajian tinggi tempatan selama tiga tahun (tahun 1, 2 dan 3) dan di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) selama satu tahun (tahun 4). |
|
|
|
| Program Kembar Bahasa Jerman. |
| Aktiviti |
Tempat |
Tempoh semester |
| Pengajian Persediaan 1 |
Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan |
4 semester |
| Pengajian Ijazah Pertama |
Universiti Tempatan Dalam Negara |
6 semester |
| Kursus Perguruan Lepas Ijazah |
Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan |
2 semester |
|
|
|
|
|
D. |
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). |
|
|
|
|
D1. |
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini menawarkan bidang seperti berikut : |
|
|
|
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian
|
|
|
|
|
|
|
Program latihan keguruan praperkhidmatan ini dikhususkan untuk melahirkan guru-guru terlatih dalam pelbagai bidang bagi keperluan sekolah rendah kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia |
|
Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya enam kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Matematik Tambahan, Biologi atau Kimia atau Fizik atau Sains atau Sains Tambahan atau satu mata pelajaran teknikal, Sejarah dan satu mata pelajaran yang lain di Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. |
|
Calon-calon yang terpilih, dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. |
|
Calon-calon yang lulus kursus persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk meneruskan pengajian di peringkat ijazah pertama selama lapan semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia/ Institut Pengajian Tinggi Awam yang ditetapkan. |
|
Kementerian Pelajaran Malaysia boleh membuat penempatan semula calon-calon ke bidang pengajian yang lain, yang lebih sesuai mengikut keputusan peperiksaan calon di IPGM setelah tamat kursus persediaan. |
|
Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Muda Perguruan/Bachelor in Education (TESL). |
|
Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut : |
|
|
|
Bahasa Melayu Pendidikan Rendah.
|
|
Bahasa Inggeris (TESL)
Pendidikan Rendah. |
|
Bahasa Inggeris (TESL)
Pendidikan Menengah. |
|
Bahasa Cina
Pendidikan Rendah. |
|
Bahasa Tamil
Pendidikan Rendah. |
|
Pengajian Islam
Pendidikan Rendah. |
|
Pengajian Sosial
Pendidikan Rendah. |
|
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Rendah. |
|
Pendidikan Muzik
Pendidikan Rendah. |
|
Pendidikan Jasmani
Pendidikan Rendah. |
|
Pendidikan Khas
Pendidikan Rendah. |
|
Pendidikan Pemulihan
Pendidikan Rendah. |
|
Sains
Pendidikan Rendah. |
|
Matematik
Pendidikan Rendah. |
|
Reka Bentuk dan Teknologi -
Pendidikan Rendah. |
|
Pendidikan Prasekolah.
|
|
|
|
| Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) |
| Aktiviti |
Tempat |
Tempoh semester |
| Pengajian Persediaan |
Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan |
3 semester |
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan) |
Institut Pendidikan Guru Malaysia yang ditetapkan |
8 semester |
|
|
|
|
|
| 3. |
MAKLUMAT TAMBAHAN |
|
|
|
|
3.1 |
Hanya calon-calon yang memperoleh jumlah skor merit terbaik yang melepasi tahap skor minimum yang ditetapkan sahaja yang akan dipanggil temu duga. Calon-calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki Ujian Sahsiah Keguruan (INSAK) secara bertulis semasa menghadiri temu duga. Calon dikehendaki membawa bersama pensil 2B dan pemadam. |
|
3.2 |
Pemilihan calon untuk tawaran bagi mengikuti kursus keguruan bergantung kepada merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah (INSAK). |
|
3.3 |
Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menentukan dan menetapkan jenis program/ kursus untuk ditawarkan kepada calon walaupun bukan mengikut keutamaan pilihan calon. |
|
3.4 |
Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama tempoh yang telah ditetapkan mengikut jenis program yang ditawarkan di institusi seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya calon yang lulus kursus persediaan dengan jayanya akan meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. |
|
3.5 |
Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menempatkan semula calon yang berjaya di peringkat Kursus Persediaan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institut Pendidikan Guru atau mana-mana institusi pengajian di dalam bidang yang ditentukan. |
|
3.6 |
Calon-calon yang ditawarkan untuk mengikuti kursus keguruan, dikehendaki menandatangani perjanjian pendidikan guru untuk berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia di mana-mana sekolah atau institusi seperti yang diarahkan, selepas tamat pengajian untuk tempoh yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. |
|
3.7 |
Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah ditanggung oleh calon sendiri. |
|
3.8 |
Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari masa ke masa melalui internet untuk mendapat maklumat terkini mengenai panggilan temu duga dan juga keputusan temu duga yang dihadiri. |
|
3.9 |
Tiada surat menyurat dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk panggilan temu duga dan juga keputusan temu duga. Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia semasa calon melapor diri pada hari pendaftaran. |
|
3.10 |
Maklumat mengenai status permohonan dan e-Panduan Permohonan Secara Dalam Talian bagi mengikuti Kursus Perguruan bagi Lepas Sijil Pelajaran Malaysia ini boleh didapati di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia. (http://www.moe.gov.my) |
|
|
|
Based on my observation, ramai yang memandang rendah scholarship ini. Ana pun x tahu mengapa. Ada yang mengatakan buangan orang yang x dapat JPA/MARA or etc. Mungkin benar dan mungkin tidak. Ana memilih MOE kerana lebih terjamin kerjaya pada masa hadapan. Yup, kerjaya sebagai seorang guru. Juga ramai dari kalangan kami mendapat tawaran dari JPA/MARA or etc(Bukan berniat merendahkan. Bagi ana, sama sahaja cuma bidang yang ditawarkan berbeza). Cuma, mungkin naluri kami lebih menjurus ke bidang tarbiyyah or pendidikan. =P
Semoga berjaya ana ucapkan bagi yang memohon tajaan di bawah MOE(Ministry of Education,Malaysia)